Tuesday, August 12, 2008

Tolonglah padankan aku dengan pengapit yang lazaaatttttt

Aku demam lagi.


Untuk ke berapa kalinya.



Tapi kali ini amik masa yang lama sedikit.



Complete dengan kehilangan nafsu makan.



Auwww...boleh slim kerrr?




Kalau ikutkan hati, aku malas mau bangun dari ranjang tiap pagi untuk mengadap buat kerja bodoh hari- hari.




Tapi memandangkan aku sudah ada peruntukan untuk MC Khamis dan Jumaat ini, jadi aku gagahkan juga sekalian sendi- sendi yang menyucuk² ini.




OOwwhhh kepala aku cukup bengang lah. Hidung pon rasa pedih. Tapi kering.




Lidah sungguh pahit. Merokok juga aku tak lalu. Tonsil aku bengkak. Hari - hari sepanjang masa aku teguk air kosong saja. Makan apa semua takda.




Mesti kulit aku lebih flawless kan sekarang?




Hujung minggu ini aku ada job. Dah lebih 20 tahun aku tak buat. Jadi pengapit,tukang kipas pengantin. Kalau dulu untuk kakak² aku, tapi sekarang untuk kawan aku. Si kakak montel.





Aku tanya apa warna tema? Dia cakap baju bersanding kaler hijau. Oowwhh demm! Aku tak suka warna hijau. Aku tak pernah ada baju berwarna hijau.




Boleh tak aku nak pakai baju warna lain? Tapi warna ape yang boleh masuk dengan warna hijau? Tak cacat ke ha kalau aku pakai warna lain?




Bila aku pandang balik wardrobe aku yang tak tersusun itu, aku selongkari balik. Baru saja 2 plastik sampah besar aku kumpulkan semua baju kurung outdated aku dah disedekahkan kepada orang, yang tinggal pon dikira masih agak baru dan menunggu masa untuk dibiakkan lagi. Bila aku belek satu- satu aku terjumpa satu.




Kebaya kuning brownish tapi ada motif kaler hijau siap dengan batu² lagi.




Aku pon dah lupa aku pernah ada kebaya tu. Tanpa buang masa, aku sarung ke tubuh.



Hahahaha..patotlah aku lupa macam mana aku pernah ada, rupanya ada kesan terbakar sikit di selisih belahan kain kebaya itu. Aku ini memang pantang kalau ada sikit cacat pada pakaian, aku akan lupakan saja pakaian itu serta merta. Macamlah orang bleh nampak pon kesan itu.




Aku dah berdebar time nak sarungkan baju, tapi tak sangkut di mana-mana bahagian lemak. Ok..it's still wearable. Aku dah sedap hati. Tiba masa nak kancingkan ia...ahaaa aku dah jumpa dah.



Memang laa aku berjaya kancingkan semua butang tanpa perlu menahan nafas dan menarik mana -mana lemak terkumpul di perut atau di bawah lengan. Oohh aku pernah ada insiden terkeji oke tentang kancing kebaya terbuka di suatu majlis. Lagi pula terbuka kat dada dan perut, tapi untunglah aku memakai selendang dan aku belit² baeeekkkk punya! (hikmah memakai tudung oke?)




Itu adalah satu kejadian traumatik!




Berbalik kepada cerita aku ini, memanglah aku berjaya kancingkan semua butang baju kebaya itu...akan tetapi aku kesan satu kecacatan yang agak nyatalah. Butang dekat dada tuh...ala² bursting.Babi! Apakah itu tandanya tetek aku makin gemuk? Aku amati jahitan 'bip' ke ape tah yang tunjukkan kesan 'body' pada kebaya tuh masih lagi menjurus ke arah titik tengah tetek (ok,aku tidak bermaksud melucah dengan tubuh sendiri ha) jadi secara tidak langsung ia menunjukkan aku tidaklah mengalami kegemukan tetek yang melampau.




Tapi kenapa kancing di bahagian dada adalah bursting?




Inilah yang aku benci kalau bersiap jauh dari rumah kakak². Mereka tentu ada brooch bling² yang besar yang boleh disemat di bahagian atas kebaya, sekaligus melarikan pandangan orang ke arah kancing yang bursting itu.




Dan iya..aku barulah perasan potongan kebaya itu bukanlah potongan kebaya yang konvensional pon. Dengan leher 'abang sayang'nye (ooohhhh ini memang buat aku blurr mcm mana aku boleh ada baju ini in the first place) siap pulak dengan bonus kancing dada terbursting nih...babi laaa!!!




Aku kontrol makan sampai macam ni sekali tapi dada aku tetap mengembang jugak.




Kakak montel salu cerita hari² supplier call ajak keluar lunch sama² boleh makan sedap², tapi aku makan pon bersukat tapi dada tetap kembang tak chantekkk mau dikancing bajunya.







Aku tak mau jadi pengapit boleh tak? Tapi kalau pengapit pihak di sana adalah sangat hensem dan eye candy dan berbaloi untuk leher 'abang sayang' ini..oohhh aku maauuuuuuuuu

4 comments:

Unknown said...

WOW! tak bole kancing sbb bursting?

WOW! ini mmg hot

Nad|ne said...

and without the help of push-ups



double WOW!

Unknown said...

WOW! WOW!

mesti ahmad ko amat syok tiap kali bertemu

triple WOW!

Nad|ne said...

I take that as a compliment, honey ;)