Tuesday, August 5, 2008

Jangan kata aku ini pendesak dalam perhubungan

Kau semua tidak lalui apa yang aku pernah lalui. Itu aku faham, tapi tolong jangan nilai aku berdasarkan apa yang telah kau lalui itu, sebab aku pasti laluan kita adalah berbeza.


Ahmad bukanlah cinta pertama aku. Aku pun bukan juga cinta pertamanya. Itu sifir asas, sudah tahu. Selama hari ini pon kami tidak pernah ada masalah tentang musim yang lalu.


Cinta pertama aku ketika aku freshie, tapi bukan dengan sesama member sekuliah. Sama baya. Student di US. Kenal pun di alam maya, tapi it happened to be kawan kepada kawan aku. Dari kerana terlalu sering berbalas email, dia datang mencari aku ketika pulang cuti musim panas. Hahahaha menggigil aku dibuatnya. Cinta pertama juga merangkap cinta pandang pertama. It's pure..tulus.Bersih.


Dengan cinta pertama juga ia ajarkan aku tentang intuisi. Pernah kau terasa rindu mau jumpa jam itu juga dan alih² sudah tau dia ada di parking lot hostel kau? Dengan cinta pertama juga ia mengajar aku erti surprise yang memang tepat maknanya.



Ahh cukup. Itu musim telah berlalu. Terlalu manis juga tidak bagus, tapi sekurangnya aku hanya ada kenangan yang manis- manis untuk dikenang bersama cinta pertama. Dengan cinta pertama juga aku terima hakikat hidup, cinta tak semestinya berakhir di jinjang pelamin. Aku belajar konsep jodoh dengan dia inilah.


Sebelum itu aku menangis meraung di bumbung hostel di bawah langit malam sebab intuisi aku cakap dia sudah ada yang lain di sana. Tapi kita tutup cerita dengan kesimpulan sudah tidak ada jodoh ok? Aku kool.



Cinta kedua pula, huh.Penat.Berlangsung secara tidak sengaja. Buru-buru, aku pun tidak faham kenapa. Tapi cinta kedua tatang aku sepenuhnya. Tiapi tiap kali balik KL,dia mesti akan cari aku dan kami akan jalan-jalan bergembira. Tapi berbekalkan intuisi yang aku perolehi sejak daripada pengalaman cinta pertama, aku diam-diam merasakan kami tidak lama.


Selepas itu dia buat hal.Diamkan diri, langsung tak jawab call atau SMS atau email atau apa² mesej aku. Cinta kedua ajar aku 1 perkara : jadi pemarah. Aku marah sebab kalau kau mau tinggalkan aku, sila berlagak berani dan katakan yang sebenarnya. Sudahkan apa yang kau mulakan baik- baik. Sudah jadi prinsip aku barangkali, kalau pandai mulakan pandai-pandai jugak lah mau akhiri. Jangan tinggal aku terkontang- kanting sendirian. Susah aku mau keluar dengan orang lain lah bodoh kalau aku terus tidak tahu status sebenar aku.


Sudahnya aku belajar lagi 1 perkara : menjadi pendendam. Terlalu bengang sampaikan aku bertindak menipu dan permainkan kawan baik cinta kedua. Modalnya menyamar saja. Hasilnya dia jatuh cinta separuh gila hanya bercakap dengan aku di telefon. Aku buat dia begitu sampai masa aku rasa puas, aku tinggalkan begitu saja. Just like what his friend did it to me. Kenapa aku kejam? Sebab kau mengaku kamu sudah seperti brothers, jadi aku mau test marketlah. Ternyata market aku ada, tapi aku sudah berubah jadi kejam. Heartless.



Cinta seterusnya agak brief. Tapi mengesankan. Satu² nya lelaki yang lebih dewasa daripada aku. Yang sebelum ini semuanya sama baya. Termasuk yang aku permainkan. Kata² cliche yang cakap jangan cari yang sebaya, diorang tuh lambat matang. atau tak matang.Masalahnya adalah;

1. aku tak cari diorang pon.diorang pon tak cari aku.dah terjumpa, lagu mano?
2. matang tak matang mana nak tau? dah kata sebaya. bukannya aku hidup lebih lama dari mereka pon nak ukur sukat setakat mana kematangan diorang. hoh!


Tapi dengan lelaki dewasa ini, baru aku paham apa itu kematangan dan keperluan pemikiran yang matang dalam perhubungan. Dia seorang kool,pendiam tapi kalau bunyi semuanya serba kena.kadang-kadang adalah misteri, dan iya..itulah yang buat aku makin terjebak.Dengan dia berjaya buat aku yakin, aku masih ada peluang lagi untuk fikir tentang masa depan. Takdalah sampai sempurna, tapi sekurangnya dia dalam pakej lengkap. Tunggu masa untuk diperkenalkan kepada Mummy, tapi aku fikir tidak perlu juga untuk terburu-buru.



Sampailah satu masanya, dia dihantar training di Jepun sebulan. Ini baru betul-betul jadi ujian. Dan sekali lagi intuisi aku mengatakan.. tidak ada jodoh juga. Dengan tulusnya aku redhakan.



Tapi dalam masa yang sama, aku sudah jadi agak bengong² juga. Tipulah kalau aku cakap, aku boleh berlagak kool dan buleh bergembira lalalala dengan keadaan itu.It was tragic ok? Sebab aku rasa dia boleh bimbing aku dengan baik ke jalan yang baik. Tapi nak buat macam mana, aku juga yang cakap jangan jadi anak derhaka. Pilihan ibu pasti yang terbaik. Nasib baik aku dan dia belum sempat perkenalkan diri pada keluarga masing-masing. Tak pasal- pasal masuk wall of shame.



Ketika aku sedang bengong² membelek² kuku tangan sendirilah..tiba² saja aku dapat SMS dari Ahmad. Dia itu kenalan lama zaman berhingus dulu. Sumpah, zaman berhingus dulu memang tak pernah baik pon..masing² sebok lap hingus sendiri. (ya, aku tau ini jijik) tapi sekarang tiba-tiba saja boleh baik.



Entah dari mana datangnya akal, dia ajak aku couple saja. Tak taulah kot aku baca SMS puaka berunsur pukau, aku iyakan saja. Aku rasa main² je, so no harm of joining. The rest? History. Look at where it brought us to now. I don't know what to call, or how to put it but it's clearly we're not made in heaven. In some of circumstances. And yes, I started sleeping with a man eversince. Nothing to regret, but nothing to proud pon. Pergi mamposlah kalau kau mahu judge aku murah, atau lemah atau Ahmad itu jahat atau apa². Hey, boyfriend kau yang kau nampak baik dan kau gelarkan 'sayang' ataupun busuk²nya 'Bie' pon biasa saja masturbate dalam tandas lepas tengok porno. Diamlah kau wahai goodie² two shoes! Ini tentang aku jadi aku cakap hal aku sajalah.



So you see..All I need is now, adalah satu keputusan muktamad dan tetap tentang hubungan dan masa depan. Kau ingat adalah bagos sangat ke mau berpoya² lagi? Usia pon bukannya semakin muda, so act like one. It's not that aku hari- hari juga bertanya tentang direction hubungan.Aku tanya simple aja. Dan aku expect jawapan pon simple aja. Yang straight to the point, tak perlu beating around the bush. why is it so hard for me?



Aku memang cukup bosan dengan kata² 'sabarlah, nanti adalah tu' atau saranan suruh aku tinggalkan dan carik yang lain. Si Ahmad itu pun, why he didn't leave me for good? Apakah kami ini trapped in a box we call it 'relationship'? Aku dah lepas, tapi ia datang balik. Sampai masanya aku mengamuk, aku lepas...pun tetap datang balik.


Jadi salah kah aku tanya mana direction hubungan ini? Seriously aku tidak mahu end-up sounding like typical perempuan yang suka nagging dan pestering. Aku lontar soalan yang simple, jadi aku expect jawapan yang juga simple.



Jangan kata aku ini pendesak dalam perhubungan

2 comments:

Unknown said...

syok tak tido ngan org?

wink wink

Nad|ne said...

setapp. macam makan kuih >;p