Friday, August 8, 2008

Kau mungkin dapat kongsi duit dengan aku, tapi pinggan makanan aku belum tentu

Aku ada ini perangai.


Aku tak suka orang pinjam baju dan benda2 lain yang melekat di tubuh dan juga berkongsi pinggan apatah lagi straw minuman dengan orang lain.


Apatah lagi mau meminta² barang orang lain, lalu meminjamnya.


Entahlah,mungkin sebab Mummy tak pernah ajar aku dari kecil tentang konsep pinjam meminjam ini ataupun kebetulan aku dan kakak² yang lain punya gap usia yang terlampau besar lalu ia melayakkan aku untuk punya barang² sendiri sahaja. Yang atas aku pun abang, jadi tidak nampaklah keperluan untuk berkongsi barang² yang tersebut juga.


Tapi asalnya dulu aku tak kesah main share² makanan dalam pinggan aku, dengan syarat kau beri ayat "mintak skit, boleh tak?" mesti aku sejuk hati dan merelakannya. Tak aci lah main ceduk² je dengan sudu kau tanpa warning, apetah lagi kalau kau pakai sudu aku dan suap masuk dalam mulut kau.Oohhhh eeewww!!!!


Aku jadi kesah sebab ada 1 insiden. Kakak aku yang paling getik suatu hari mintak untuk merasa ayam goreng dalam piring aku. Bahagian drumstick. Besar pulak tuh. Mummy buat extra crispy.Aku pula dalam mode ingin meratah ia begitu saja tanpa dinodai oleh sebarang sos. Baik cili mahupun tomato. Aahh selera budak 5 tahun apa kau tau?


Nampak saja aku baeekkk bersila di atas karpet beralas suratkhabar, kakak aku yang paling getik itupun menghampiri dan memberikan skema ayat seperti di atas. Aku angguk saja.Sedang menahan sabar kerana ayam itu masih lagi panas.


Melihatkan saja aku mengangguk memberikan lampu hijau, wahh wahh wahh!!! Dia dengan hilang diri sendiri telah menganggap ayam goreng itu dia yang empunya, lalu menuangkan sos cili ke atas ayam goreng yang rangup dan panas2 itu.Aku terkedu.




"Jangaaaaaannnnlaaaaahhhhhh!!!!!!!"



Aku jerit punyalah kuat. Tapi dasar kakak paling getik, dia tidak hiraukan saja. Malah ditambahnya lagi dengan kata² macam itulah baru sedap. Kalau nak sedap sangat, kau amiklah sendiri bahagian kau getiiiikk!!!!


Natijahnya, aku terus amuk tak mau makan lagi ayam itu. Aku juga amuk takkan makan lagi drumstick ayam.Sampai sekarang oke! Hoh, dari kecik lagi aku sudah begini. Kalau hitam kataku, hitamlah. Putih kataku, maka putihlah.



Jadi habit tentang tidak suka berkongsi makanan dalam pinggan aku dibawa sampai dewasa ini. Kalau atas dasar sama2 mau merasa, aku tidak akan kesah. Tapi kalau kesudahannya mau buruk lantak dengan makanan aku, itu apa kess laa wei?


Satu insiden lain pula terjadi ketika aku bercuti di Pangkor. Menunggu makanan siap sudahlah hampir memeningkan aku, bila makanan sampai rupanya makanan aku yang siap dulu. Tapi itulah, dek kerana kerakusan dan kegelojohan kawan yang sebelah, dia terus saja menceduk nasik goreng seafood aku dengan udang besar dan disuapnya tanpa bertanyakan izin aku dulu selaku tuan punya makanan?


Mak kau tak ajar kau ke hahhhh anak biadaappp??!!!!



Potong selera betollah! Sudahnya aku tolak saja pinggan aku. Menjadi kepantangan besar pada aku kalau orang bertindak kurang tertib sebegitu. Si pesalah itu pula memang cuaklah tengok perubahan muka aku pada masa itu. Aku mau balas dengan mencedok nasik dia pon, aku tak lalu ok?



Tapi kali ini, aku berdepan dengan jenis perangai yang sama juga. Kau ingatkan kepada si kakak montel yang tegur aku kenapa pakai tudung muda² lagi? Ha, itu juga adalah jenis bangsa manusia yang tidak malu untuk menjamah makanan dalam pinggan aku. Kalau aku buat muka pon, dia adalah jenis yang tidak reti dan tidak makan samanlah. Aku perhatikan tiap kali makan bersama di mana- mana, dia paling suka untuk menjamah setiap pinggan dari kami semua. Adalah keji yang jitu ok?



Nak- nak pulak kalau aku order yang mahal dan amatlah sedap, bertambah² sedap pulaklah dia melantak dari pinggan aku. Macam mana aku nak order makanan yang tidak sedap, kerana selera aku memanglah yang sedap² sahaja hahahahha. Tapi dalam hati aku simpan niat mau balas juga sampai dia serik mau menjamah makanan aku lagi.



Kesempatan yang aku nantikan itu tiba juga. Pada lawatan kami di Bandung dulu. Satu kali kami dinner di sebuah cafe di puncak bukit, menghadap pemandangan Kota Kembang Bandung itu. Sampai giliran aku membelek menu, hah! Akal aku sudah sampai.



Makanan aku order benda yang sama dengannya, tapi untuk minuman..aku pilih cocktail. Niat jahat aku sudah bermula. Harus dia akan serik lain kali.




Yang ditunggu juga telah tiba. Gelas- gelas minuman kami sampai dulu. Seperti biasa si kakak montel ini tanpa segan silu akan rotate setiap gelas di hadapan kami dan mengambil sesedut rasa. Aku biarrkan saja.Sampai gelas aku, dia mengerut mukanya.



"tak sedaplah"



Baru leganya dalam hati aku. Baru kali ini aku dapat enjoy makanan dan minuman aku sepuas hati. Si kakak montel sudah tidak berani mau menyedut² lagi.




Sepulangnya dari dinner, kami bersembang di lobi hotel. Si kakak montel cuba bangkitkan lagi hidangan di cafe puncak bukit itu.


" Kenapa air korang rasa tak berapa best aah?"


" Ler, biasalah cocktail. Ada alkohol skit tuh. Kau tak biasa eh?"



" Haahhh!!!! Kenapa tak cakapp?!! Alaaaaaaaaa"



" Tak perlulah berlagak suci. Kau ingat steak kau duk bangga² makan kat Victoria Station tuh halal sangat ke?"



Muahahaahahahaha!!!! Gelak² syaitan bertukar- tukar.




Jadi, ada seseorang yang sudah dapat pengajarannya pada kali itu.

No comments: