Thursday, August 28, 2008

Menggaru tempat yang gatal itu memang harus, akan tetapi....

Gatal.



Tanpa segan silu aku garu saja, walau di mana saja daerah yang terasa gatal itu. Tapi kalau daerah yang sukar dan sulit ataupun kejadian 'underwear-terselit-di-celah-oh-tidak-selesa' aku akan berusaha untuk melakukannya di bilik kecil iaitu tandas.



Tapi kalau tali bra terlondeh di bahu kiri atau kanan, aku tidak kesah. Tengok kiri atau kanan, agak- agak orang tak nampak masukkan tangan dan tarik saja. Kadang-kadang aku berlagak macam buat senaman bahu, tapi cepat-cepat masukkan tangan dalam baju sebelah bahu.




Sama jugalah kalau aku mula terasa seluar panjang ini macam melurut nak terlondeh ke bawah. Tak santekk ok kalau nak lowcut tunjuk panties lacey-lacey atau thong victoria secret dengan office attire. Macam haram sangat. Jadi aku tanpa perasan berbelah bahagi akan bangun dan tarik saja pinggang seluar. Keadaan pinggang yang tak berapa meramping ini yang buatkan aku malas nak pakai belt, di samping kalau cerut dengan belt tidak nikmatlah mau lunch nasi campur.




Ini aku baru saja pulang dari lunch lewat. Tidak makan banyak, hanyalah semangkuk claypot cantonese yee mee saja. Duduk-duduk di depan skrin, aku mula terasa seluar aku mendorong mau turun. Hish, mulalah rasa tidak selesa ini. Tapi aku rasa malas mau bangun dan menarik pinggang seluar, aku ada jalan pintas untuk menyelesakan sdikit keadaan.



Tarik tepi panties ke atas.Sometimes it can ease the feeling of something tidak selesa itu. Tangan aku automatik je membuat kerja-kerja itu. Selesai, aku rasa lega.Dan aku berpaling ke sebelah kiri



Lampu bilik terang. Pintu terbuka. Region Manager sedang tersenyum.




Wuuhhh!!! Oompaa Loompaaa!!!




Kenapalah tiba-tiba aku rasa kemaluan ini sungguh besar?




Nota kaki: Silalah pastikan keadaan di sekeliling adalah aman, dan berkelakuan senonohlah di pejabat.

2 comments:

Si Penanya (?) said...

wah! gadis2 sering berlaku sundal jugak kdg2... hebat2...

Chico said...

haha..mcm pernah terjadi,tapi di mana ya.