Tuesday, August 5, 2008

Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa saya dirikan

penyudahnya kau agaklah sendiri.


Last nite aku telah ada pillow talk dengan kawan lama, she came right after office hours. Willingly nak menemankan aku yang mengalami depresi ini.Tak banyak tidak, ada teman jadilah...


Seperti aku cakap, I long for a company. Just for a talk.



Aku sedang diserang perasaan sunyi yang amat tinggi. Di mana pada satu tahap aku rasa macam lemas dan suffocated.Aku rasa buntu.dan bosan.



Apabila aku dalam keadaan begini secara tiba- tiba, secara tidak langsung aku mahukan seseorang untuk mendengar, atau pun at least aku perlu mendengar suara seseorang yang pada aku, memberikan kesan 'calming' secara serta merta.Aku tak tau kenapa, tapi aku memang perlu itu.


Aku tau dan amat arif dengan kuasa suara Mummy, tapi kemudian aku akan dapat pula perasaan ini.Guilt. Rasa sebak yang amat.


Guilt seorang anak yang amat berdosa.If you get what I mean.


Dan aku pula tidak pernah mempunyai perhubungan yang baik dengan Mummy all these years. It's not because we're soo different from each other, ia adalah sebaliknya. Aku syak kami terlalu sama jadi we can't tolerate each other quite well. Sometimes dia terlalu judgemental dengan aku without really knowing apa masalah aku sebenarnya.


Tapi kadang- kadang, aku buat juga. Ringan juga tangan aku dail nombor rumah dan mendengar Mummy mengucap 'hello'.. hati aku jadi sayu dan jauh sekali.


Kali ini aku tidak kuat. Jiwa aku terasa sangat dingin, dan kelam. Pada Ahmad aku sudah hambur kata- kata rebel tanpa sedar, sebab aku marah.


Aku marah sebab aku mahu satu perkara yang mudah saja. Aku mahu ada suara bersambut di talian yang satu lagi. Just to assure me that Im not all alone. Ah! he and his never ending issues, suka sangat duduk dalam gua.


Bila aku marah dan tertekan, possibility untuk aku jadi rebel dan carutan menjadi tesaurus aku adalah tinggi.I hate it when it happens!


Kota Melaka aku roboh, papan di Jawa pon sudah reput. Mungkin terbakar hangus. Aku soal Ahmad where are we heading? Aku terima jawapan berunsur uncertainty lagi.



We are walking on different path, I could see it clearly. It's not the first time pon. Dia pernah bertapa dalam gua tunggu hikmat ape tah sampai 3 bulan aku terabai. Tapi aku hari- hari berfikiran positif. Hari - hari aku tinggalkan SMS dengan motif he would know that I'm just a call away. Dia pernah juga diamkan diri untuk beberapa ketika, at least maximum sebulanlah tanpa lisan dengan aku. Without reason.



Aku tetap juga berfikiran positif. Sabar tahap dewata raya. You might ask why the hell aku nak stay jugak dalam relationship ini? I should've walk out before it's too late.



But it's already late pon, at a sooner rate. Tak paham? Biarlah. Rahsia diri aku lagi pon. Kalau diterangkan jugak, kesimpulan awamnya adalah menjuruskan aku ini bodoh yang nyata.



Tapi sebenarnya, aku letih. Dah letih. Aku malas nak keluar sebab aku malas nak mulakan lagi dari awal. Aku malas nak lalui balik proses sama. Top of it all, ada ke siapa² yang sanggup dengan aku?



Sebab aku rasa, in an unexplainable way... Ahmad gets me. Ketika aku baran² api menyala- nyala keluar dari kepala dia diamkan diri masuk dalam gua. Dia tahu aku naik gila sebab diri sendiri, dan kemudian aku akan jadi kool. Pun buatan sendiri. And then he would come out, and acted like nothing had happened.



Seingat aku, every other time aku mula menyerang dengan kata - kata celupar dia tak pernah pon bagi respon. Dia biarkan aku lepas perasaan aku sendiri, marah aku pada sekeliling sendiri. Bila dia kesan aku sudah sejuk, dia akan rapat balik.



Bukan sekali aku mintak nak putus. Tapi dia tak penah layan. Dia diam. But confusingly, when we're back on the track he seemed like dia menyesal dalam hati. Jadi bila aku untuk kesekian kalinya bertanya 'where are we heading?' lalu dia berikan jawapan berunsur uncertainty.Aku rasa that's it.



Hati aku mati.



Mati. Awal dulu ketika aku mula diperkenalkan dengan jawapan berona sama aku jadi berapi. Aku amuk. Aku mogok. dan kemudian aku sepi. dan kemudian aku kool sendiri. dan kemudian aku cari dia, mohon maaf dan cakap I was not being myself. dan dia respon and acted like nothing had happened before. then it started all away again. though the make up sex was intense, it brought us nowhere.



This is not the first time.



Jadi bila kali ini aku terhidu benda yang sama, aku tanyakan lagi " where are we heading?" dan sekali lagi aku dapat jawapan uncertainty aku kata dalam hati sendiri that's it.



Hati aku sudah mati.



Walaupun rasa frustration ini akan berakhir juga nanti, aku sudah rasa bosan mau mengulang lagi. It's fading. Aku tidak berminat mahu tahu siapa menang, siapa kalah. Siapa untung, siapa rugi. Ya, aturannya tetap sama. Aku akan kool sendiri selepas musim mengamuk aku tamat, dan aku akan cari dia dan cakap aku sudah ok dan bilang aku jadi orang lain marah² dan dia datang tunjuk affectionate dia pada aku. Aku sudah tidak mahu itu. Sebab aku rasa cycle ini akan berulang lagi beberapa kali. Cuma aku tak tahu berapa dekat dan daya tahan aku untuk teruskan lagi.He gets me nomore I guess..



Hati aku memang mati.




Kota Melaka aku dah roboh, papan di Jawa mungkin hangus terbakar...

2 comments:

Unknown said...

oh, sungguh sayu. meh la luahkan pada aku, aku sudi mendengarnya....

tekan 1 untuk Bahasa Inggeris
tekan 2 untuk Bahasa Melayu
tekan 3 untuk kembali ke menu sebelumnya
tekan 4 untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan kami
tekan 5 untuk tamatkan panggilan

hehehe

ko pun kena mcm ni ek? dulu aku dah terkena, mak oi sunyinya mmg tahap dewataraya! dan tiada teman geli2 pulak tuh aduh. so jalan terbaik, aku pun tulis la diari (dulu mana ada blog2 ni sume) spai la satu tahap aku ada keta, barulah aku meliar sana sini.

laaa rupa-rupanya jawaban sebenar pasal aku takde keta.....

ciss

Nad|ne said...

Aku tak tahan daripada mau tergolek dowhh!!! Takda keta pon mau jadi sebab?


Tapi Ahmad itu pon tidak berkereta, aku ok saja. Dia pula yang ok-ko-ok dengan aku.dan lebih adil, aku pun takde keta.Dia buat aku mcm keta adalah!