Friday, August 8, 2008

Hey, aku juga mahu bermimpi seperti kamu juga!

Aku ini makhluk yang adalah jarang untuk bermimpi.


Tapi kalau aku bermimpi pun, bila terjaga dari tidur aku mesti akan lupa.



Selalunya aku tidor tidak bermimpilah. Yang aku ingat gelap saja.



Ataupun tau² aku terjatuh dari pintu kecemasan kapal terbang, ataupun paling kurang terjatuh dari lif.



Motif adalah terjatuh. Petanda hari mau Subuh.



Tapi kadang- kadang kalau aku tidor terlampau nyenyak seolah2 sedang berjalan dalam sebuah terowong yang gelap, itu petandanya teman² sebilik yang lain sedang dikacau hantu atau jin. Ini selalu terjadi ketika zaman aku di kolej dulu. Selalunya akulah yang terselamat dari gangguan tidur tersebut. Jauh sekali hendak terdengar bunyi orang menangis atau terpekik terlolong mintak tolong. Atau anjing menyalak. Aku pasti pada masa yang sama sedang tidor yang amat lena.



Pada zaman kolej jugalah adalah zaman kami nakal senakalnya dan ingin mencuba apa saja. Dari percubaan merokok secara sembunyi² takut diketahui satu sama lain akhirnya terkantoi juga. Pada masa itulah setiap kami pon mengeluarkan stok rokok masing- masing, tapi yang sorang tu jugaklah yang melampau. Dia ada rokok Davidoff lagi. Huh wangiiiiii :)



Zaman itu jugalah kami venture perkara berani mati. Menonton VCD lucah. Be it local ke, international ke. Semua kami sebat. Mangsa supplier adalah kawan lelaki geng kami. Mengaku sangat ada stok sampai penuh hardware. Kami paksa dia burn CD satu persatu.



Padahal bila menonton, kami sibuk gelakkan akan saiz kote si lelaki yang selalunya akan menghampakan dan juga tetek si peran wanita yang selalunya alaaaa...tak montok pon? Seks dalam VCD pada kami hanyalah jadi bahan ketawa saja. Oohh yeah, don't mention VCD Wan Nor Az*** (nanti ada yang google sampai sini pula) itu semua jadi stok kami menyanyi ketika ramai2 mandi di bilik shower. "Sejak ku terpandang wajahmuu..." disusuli pula dengan dialog "tisu! tisu!"



Sambil itu kami selang selikan juga dengan VCD lagu yang ala² tak payahlah sebok ke disko lagi. Salah seorang itu amat gilakan Justin Timberlake, jadi hampir lunyai mujur tidak bercalar CD itu diulangtayang.



Tapi suatu hari, bila kami tidor berjemaah beramai- ramai ponteng kuliah. Si perempuan penggila Justin Timberlake terbangun dari tido. Pelik saja kami lihat reaksinya. Tersenyum²... tersipu²..berpulas dalam selimut tebalnya.



"Aku mimpi basah laa dengan Justin tadi...."



Perlahan saja pengakuan dari si penggila itu. Hoh, satu pencapaian besarr oke! Kau ingat kami perempuan senangkah mau mimpi basah seumpama itu? Kalau kau sebelum tidur mau berangan-angan ikut saja step mana² cerita lucah kau pernah tonton untuk dijadikan panduan mimpi kau selanjutnya, hasilnya tetap nan ado. Kau akan terus tidor berdengkur sampai siang.



Tapi melihatkan gaya si penggila itu, membuatkan kami irihati. Itu nikmat tidur makam tertinggi tuh. Aku kalau naik mahsyuk dengan cinta² pada masa itu pun tidak pernah terbawa sampai ke tempat tidur. Masuk dalam mimpi.



Ini tak boleh jadi!




Bersempena waktu aku sedang kebosanan sekarang, jadi kenangan bersama di zaman kolej dulu itu datang. Aku tidak kira, aku mau berimaginasi jugak. Untung- untung aku akan bermimpikan James McAvoy ke..manalah tahu kan.



Aku pejamkan mata. Mau fokus. Fokus! Fokus !



Knock! Knock! Knock!!!!! Naddd!!!! oohhh Nadd!!!!


Babilah! Bunyi pintu bilik aku berdentum. Apa hal laaa housemate aku mengetuk malam² buta nih? Duit sewa, api air, bil astro, duit dapor, tong gas semua aku sudah kasilah!



Aku mau mimpi basah dengan James McAvoy nih!!!



Aku bukak pintu. " Kenapa kak?"



"Boyfriend kau datang ni!"



Sumpah! Aku fokus tentang James McAvoy tadi ok!




Sekarang kau tolong cakap dengan aku, bila masanya aku akan dapat mimpi basah dengan James McAvoy ini?



.. dan yea, seperti pernah aku ceritakan.. kalau Ahmad pulang dari gua itu dia akan menjadi sehangat manusia.



sampai hari ini aku tidor tidak bermimpi!

No comments: