Tuesday, August 5, 2008

Tak, air tak tersumbat.Cuma slow aje!

Mula-mula aku masuk rumah sekarang, asalnya rumah itu hanya ada 2 orang penghuni. Keadaannya bagus, bersih dan memang selesa dan ala² rumah family lengkap berperabot segala, unlike any other rumah sewa bujanglah. Aku suka.


Bilik mandinya 1, bilik tandasnya 1. Kami share berempat. Itu juga tidak ada masalah sebab waktu kerja masing2 tidak ada yang clash. Jadi tak perlulah kau mahu rakus dan gelojoh mau berebut-rebut nak guna bilik.



Bila aku mandi, aku pun perasan sesuatu. Airnya makin lama makin bertakung. Penuh buih di atasnya. Kalau syampu rambut, lagi banyaklah buihnya. Nasib baik aku tak kencing sambil mandi.Oh naya. Aku pasti sebelum aku pulas paip shower, aku sudah periksa lubang aliran itu, clear. Takda rambut gugur yang terkumpul di situ. Tapi tau² saja airnya tersumbat.Haih, tak suka!


Selepas itu, aku tanyakan soalan yang agak kurang cerdik. Awal² aku tidak mau tunjuk pandai.


"Air dalam bilik mandi tersumbat eeh kak?" seraya memberikan senyuman yang murni.


" Eeh taakk!! Air tak tersumbat tuh. Cuma slow aje! Nanti dia kering sendirilah" jawab Kak A.


Ok. Lakonan tidak mau tunjuk pandai aku berjaya. Memang layak lah untuk aku bagi soalan tidak pandai, jawapannya juga adalah tidak pandai.


Maka kaedahnya, pakat² lah mandi kat bilik tandas. Untunglah sebab ada paip spare kat situ. Tapi waktu pagi adalah agak hazab, sejuk gila. Kakak² housemates cakap kene try buat sendiri dulu, carik itu penyedut.Aku tak tau apa istilah yang sepatutnya, tapi aku ingat dalam buku Kemahiran Hidup dulu dia panggil 'pelocok'. Belasahlah.


Suasana yang sama juga aku jumpa di sinki dapur. Time aku guna ok je. Apalah sangat buangan domestik aku. Setakat mug dan piring biasa saja. Yang ahli memasaknya mereka semua. Sekali masak macam mau kenduri. Dan kau tau sajalah buangan domestiknya bagaimana pula.Kalau sampai waktu² puncak, air dalam sinki boleh melimpah time diorang tengah basuh pinggan mangkuk semua.



"Eehh tak sumbat. Air tuh dia turun slow!"


Dah jadi macam tagline laa pulak. Bila aku jeling saja apa ada dalam sinki, maka mengertilah aku. Kau buat sinki tuh macam dumpster dengan segala mak nenek sampah sarap kau campak dalam tu kau boleh buat tak reti? Pinggan nasik tak habis pon kau campak dalam sink, kuali goreng ikan dengan minyak pekat kau campak dalam sinki, kulit bawang terkupas semua kau campak dalam sinki.



Kau rasa paip bawah sinki tuh tak mogok kah?



Tapi mujurlah sekarang, rumah itu kini sudah ada pam penyedut. Tapi itu tidak pula memberikan mereka kesedaran untuk tidak membuang sampah merata². Haihhh..


Asal aku boleh mandi buih sudahlah...

2 comments:

Unknown said...

ish geli doh....ko tau tak bile ko mandi tu air tu turun slow kan kan maknaya air yg turun tu dah bercampur dgn najis-najis mungalazahhhargh pastu naik atas balik ke lantai kaki ko pijak tu...ewwwwwww geli doh! sama juga dgn sinki tu, bercampur2 pastu naik keatas sinki balik melekat di dinding sinki...ewwwww bakteria tuuu

Nad|ne said...

alaaaa...manade babi dgn anjing ponnnnn!!!!


Najis mutawassitah je..ke mukhoffafah ah?