Thursday, July 31, 2008

Cerita Perempuan Sunda( l )

Sudah sampai pon tapi semua orang sudah gian mau ke sana lagi...


Yang makcik² haruslah tak pernah habis dengan urusan shopping. Ya, memang barang di sana murah dan kau akan gila melihatnya.


tapi geng brotherhood of the trees itu mau kembali untuk sebab lain.



Perempuan Sunda(l).


Hihihi. Aku tatau laa setaraf mana kecantikan mereka, tapi setakat yang aku jumpe di pasar² dan di merata tempat awam pada waktu siang wajah mereka takdalah extremely stunning berhidung mancung bermata bundar tinggi lampai segala mala itu.



Tapi kulit mereka adalah putih gebu lagi mulussssss.



Titik.



Hmm..barangkali kulit yang lichin dan putih melepak itu yang jadi tarikan maha besar kepada sang pemuja arjuna sekalian. Mereka semua itu telah berbini tapi iyalah, kalau sudah di rantau orang tanpa Puan Besar mengiringi ibaratkan sahaja mereka kucing yang mendapat ikan yang besarrr.



Oohh lelaki!



Dan mungkin juga adalah kerana saiz potongan badan perempuan² di sana hanyalah yang sedang² aja. Tidak besar gedabak dan out of proportion seperti masalah badan perempuan² Malaysia (aku jugak berbentuk saiz J Lo) semuanya halus², schweet² dan super langsinglah. Senang didukung.



Hmmm...kulit yang halusss mulusss dan bentuk badan melangsing. Check!



Aku kira kriteria yang berdua itu sahajalah kot yang bisa meruntun hati sang pemuja arjuna sekalian. Kulit putih melepak licin sedap dijilat dan badan melangsing yang ratanya tak cecah 50kg..senang dilambung.



Brotherhood of the trees itu pula, yang lucunya adalah penakut bini masing². Tapi lihatlah apabila bini² sekalian jauh di mata, dekat di telinga mereka semua beraya korban di Bandoeng.




Ini yang buatkan aku terfikir untuk diri aku sendiri. Bagaimana pula kalau aku bersuamikan orang yang sebegitu..takut menunduk di depan aku tapi di belakang...ooowwhhh sampai ke nirwana dia berdayung dengan perempuan lain?



Apakah aku ini kedengarannya adalah hipokrit? Aku boleh saja dengar kesah mereka berbangga² dengan ikan mereka yang ala² Nora Danish, atau ala² lebih vogue dari Fasha Sanda tapi dalam hati aku yang dalam bersaiz kecil berwarna dark itu aku terasa amat simpati terhadap bini² mereka.




Tengah² malam aku tidur dengan lena tapi mengetahui di bilik² sebelah kiri dan kanan aku brotherhood sekalian sedang asyik bersenggama dengan perempuan² Sunda(l) sekalian.




Dan apabila sedang menghadap breakfast, aku lihat wajah masing² seperti bayi kekenyangan setelah di breastfeed oleh sang ibu. Senyumana di antara mereka juga seakan ada kod² tertentu as if saying that 'she was crying my name out loud last nite!'. Atau mungkin juga mereka telah threesome barangkali.




Perlahan dalam diam aku rasa jijik.Dengan suami² orang tapi berselingkuh di belakang para isteri.




Kadang - kadang aku jadi tidak faham. Persoalan aku di sini ialah, apakah seks tidak pernah cukup dengan respective wives masing² atau bangsa lelaki ini memang perlukan seks setiap hari tanpa gagal tidak boleh tidak mesti pekena sekali sehari atau merasa ghairah melihatkan perempuan luar lalu mau saja dicuba² untuk suka²? Sekadar untuk thrill sajakah?




Lalu niat menghalalkan cara.




Lagi lama aku layan soalan² sebegini dalam kepala semakin gentar pula aku mau ajak Ahmad kawen. Harus kene mulakan acara mandi susu dan exercise squatting banyak² biar mantap dan willing apa saja posisi yang dia mau choba.




Ooh bodoh! Kenapalah aku tidak singgah saja di kedai menjual costume itu!

Friday, July 25, 2008

Ahmad 2

SMS

Ahmad : How's Jakarta?

Aku : Oowwhh good. Fantabulous. Bandung is quite ok. Hey, Im in KL already lah

Ahmad : Bila sampai? Bila nak balik umah?

(oohh my..ade orang tak sabarrr)


Aku : Malam nih kot.

Ahmad : Ic. Meet you tonite lah. Sampai umah cakap ok?

Aku : Ok.Hey, can you do me a favor? Tapi malu lah pulak...


beberapa detik....

Ahmad : apa dia?


beberapa detik lagi....


Aku : Ermm...mmmpphh..hhmmm...can you get any durex or whatever cause I'm feeling funny rite now, you know after seeing segala kucings and tigers jadian nih..


Ahmad : I'm on my way!!!



God! I love leaving him away for daysssss!!!!!



Nota kaki : Ia juga menjelaskan aku sudah berada di Bolehland. I'm happy to be home :)

Wednesday, July 16, 2008

Semua orang pasti sedang menjadi jutawan sekarang ini

Hmmm...


Semua orang dalam kelas aku sedang teruja untuk ke Bandung besok.


Tapi tidak pula aku.


Orang lain pasti saat ini sedang ghairah dengan status 'jutawan baru' mereka. Dalam nilai rupiah. Dan sediakan list barang - barang mau diborong di sana, list dari hujung kepala sampai ke hujung kuku kaki.



Tapi tidak pula aku.


Keseronokan aku sudah tiada. Hilang. Melesap.


Sebab duit poket dibiaya oleh kawan baik. Itu yang sudah telan deria membeli belah aku. You know the joy of spending with your own blood and sweat and the freedom to shop until you drop because of your shopping bags yang tak cukup jari kau menjinjitnya.Lihat tuh, aku pakai jari, bukan tangan.Setiap batang jari aku sumbatkan pemegang plastik shopping tuh oke, pro tak?


But dang.My own blood and sweat my freedom will only be at the end of the month. As usual.


Dan mungkin kerana sebab ini...


"Dik, you pergi sana you nak pakai tudung tak?" Aku mula nak meluaskan saiz mulut. Apakah?


" Wa bukan ape, wa rimas lah tengok you pakai tudung tuh. Alaahh persetanlah diorang nak kata apa ponn. Bukan diorang bagi lu makan"


Those came from a 30-year old lady. Belum kawen. Baru nak kawen. Gemuk montel dan free hair tentunya.


Aku betul - betul adalah tersentap.



Memanglah aku pakai tudung ini on dan off. Tapi ikut sukahati aku lah. Aku mula-mula pakai tudung pon sebab aku sendiri yang nak pakai. Bukan sebab Mummy aku yang 2x pergi haji lalu berkhutbah sampai telinga aku berdarah, baru aku nak pakai.



Tapi nak kata aku pakai tudung sebab rasa kesedaran diri..mungkin juga. Tapi tidak 100%. Aku tau hukumnya wajib, tapi aku rasa soal ini juga adalah sama lah dengan sembahyang. Kau memang tahu itu wajib, bahkan memang rukun seorang Muslim pon. Tapi tetap jugak ada yang buat on and off ikut sukahati mereka. Sebab orang lain tak nampak. Sebab benda sembahyang itu benda peribadi. Pakai tudung on and off orang nampak.



Takdalah pulak aku buatkan jadual bila masa aku nak pakai tudung, ke mana dan sebab apa. Tak macam ade seseorang yang aku kenal. Siap canang segala kat orang opis nih pukul berapa dia pakai tudung, dan hari apa dia pakai hot pants. Itu adalah kejadian pelik ok?



Bukan pulak aku pakai sebab nak tunjuk baik atau aku ayu dan sebagainya. Bukan pulak time aku tak pakai, aku nak tunjuk yang aku tau rebel, aku tau berfesyen atau sebagainya juga. Aku tak berkenan lah fesyen-fesyen moden untuk orang bertudung, yang pakai baju ketat di sebalik baby doll atau pakai mini skirt dengan jeans tuh. Buruk gilalah!



Aku pakai tudung since I was barely 13, baru masuk Form 1. Aku pakai dengan kehendak sendiri and the other reason was tentulah benda itu wajib di sekolah. Apalagi sekolah di Kelantan. Aku pakai tudung sebab aku mau rasa secured daripada pandangan mata- mata lelaki yang gersang dan mengeraskan sesuatu di balik seluar mereka itu. Sebab dengan tudung, aku rasa aku tak diberi perhatian. You know, fits the stereotype yang mengatakan perempuan yang bertudung = tak lawa / tak menarik. Kenapa kau pikir aku nak buat begitu? Living in the society yang mana lelakinya seperti kegersangan sepanjang masa dan selalu berubah rupa semacam beruk mat yeh tiap kali ternampak anak gadis dahi licin, kau taulah sebab aku kenapa.



Jadi, lama kelamaan itu aku sudah jadi terbiasa. Dan selamat. Awal-awal dulu aku bukak tudung di luar apabila bersama keluarga atau di KL sahaja. Sebab rasanya zaman itu kalau anak- anak perempuan yang pakai tudung mereka pandang macam aku botak barangkali. Macam duduk di Europe kan?



Tapi sekarang, reason aku bila time off tudung adalah aku ada masanya hendak ber- enjoice juga. Aku tahu alasan ini rapuh serapuh tiang reput (eceehhh metafora seni pula) akan tetapi adalah aku merasakan tidak manis bukan kalau aku didapati terkinja-kinja dalam konsert yang penuh manusia berpeluh dan ketiak masam dan kepalaku bertudung? Dann oohhh... klip klip video lucah pun sudah lebih beratus yang melibatkan perempuan bertudung tapi tunjuk tetek.



Aku tak mau jadi perempuan bertudung tapi tunjuk tetek pula.



Tapi itu juga tidak bermakna aku bukak tudung sebab nak tunjuk tetek!



Aku bukak tudung bila aku rasa aku nak buat sesuatu yang sedikit di luar norma- norma perempuan bertudung ; seperti menyedut nikotin, menari di podium dan ketika bermesra dengan Ahmad. Sebab aku tidak mahu tiba- tiba tersebar di internet muka aku tunjuk tetek depan Ahmad dan memakai tudung.



Aaahhh.... itu idea bila kami kawin.



Jadi aku cukup tidak suka dan rasa terjengkel apabila ada orang yang cuba - cuba mau mengomen aku nak pakai atau tidak pakai tudung. Dan paling aku tidak suka apabila orang mempersoal kenapa aku pakai tudung.



Salahkah sesekali aku rasa terbit dalam hati aku yang kecil dan berwarna dark itu untuk memakainya? Sebab aku sembahyang pun sudah lama terbengkalai tapi aku rasa terdorong untuk memakai tudung? And puhleeaasse la, don't mention about berfashion atau memang trend sekarang orang pakai tudung macam- macam.



Seperti mana orang salu berbising dengan pakai tudung itu melanggar rights wanita, so apa bezanya ulasan di atas itu yang jelas melanggar rights aku untuk berpakaian apa skalipun?




Bukan begitu?

Ya Allah, selamatkanlah pendengaranku

Siaran debat semalam antara DSAI dan 'Datuk-mulut-berbuih-di-tepi' itu aku tontoni bersama hosmet Cikgu sekolah rendah.


Macam biasa, aku terpaksa berkerut-kerut kening untuk cuba memusatkan perhatian aku ke arah skrin TV dan cuba memahami butir bicara kedua manusia tersebut, sambil gegendang telinga sebelah kiri aku terpaksa mendengar omelan yang tidak diundang yang datangnya dari mulut Cikgu sekolah rendah itu,seperti biasalah.


Aku sebenarnya tak berapa minat nak komen - komen hal politik nih, sebab tak ada ke mananya. Yang terasa betul sampai sudah akan terasa betul, dan menyalahkan orang lain saja. Aku lebih berminat untuk memerhatikan setiap pergerakan komunikasi politik mereka kerana aku ambil subjek ini dahulu dan aku mau cuba aplikasikan apa yang aku belajar dan telah aku praktikkan bersama ketika kempen politik di kuliah.


Akan tetapi, dalam pada yang sama juga aku terpaksa berperang di dalam otak kerana mendengarkan bunyi-bunyi bising yang datangnya dari sofa bertentangan aku. Yang gayanya seolah bercakap dengan TV, yang seolahnya kata-katanya itu mereka dengar barangkali.


Itu belum masuk hilai tawanya yang seperti.....keldai itu.



Aku adalah sangat tidak suka jika sesuatu perkara yang penting begini (aku rasa penting) orang tidak menghormati orang lain dan membuat bising ketika orang lain cuba mendengar dan mencerap apa yang mahu didengar itu. Kau membuat bising ketika orang lain bercakap dan orang lain berusaha sedaya upaya untuk mendengar samalah seperti kau memotong percakapan orang lain di alam nyata.


Itu dikira tidak sopan, bukan?


Cuma kami sama-sama bersetuju dan mengeluarkan perkataan 'euwww' sempena melihat sudut-sudut mulut sang menteri yang berbuih itu. OOhhhhh geli oke!


Akan tetapi apabila selesai perdebatan itu, dan apabila aku memandang Cikgu sekolah rendah yang sudah terlena di atas sofa, sikap selfishnya yang seperti biasa seolah takde orang lain yang nak duduk di situ aku telah terkesan akan satu kejadian.Cikgu sekolah rendah itu kalau tertidur pasti sebahagian mulutnya akan menggua (yakni menganga atau sedikit terbuka). Aku memang sedia bajet lah mesti ade terkeluar tuh ape-ape yang hujung perkataannya 'basi'. Aku mengeraskan tubuh dan memandang ke arah skrin TV sahaja bilamana aku terdengar bunyi



"....sssssuupppp...!!!!"



I can't help it but terpandangkan juga ke arah bunyi yang mendatang itu. Cikgu sekolah rendah mengelap sudut mulutnya dengan baju tidur sendiri.






OOoOOOOHHHH.MMMAAAIII.GAAAAWWWDDD!





Itu adalah kekejian yang paling dahsyat!

Tuesday, July 15, 2008

Ahmad 1

Masuk hari ini telah genap 7 hari aku tidak mendengar suara lelaki itu.


Aku pun tidak tahulah nak komen bagaimana lagi.


Mungkin adalah kerana aku telah masak sangat dengan perangainya? Mungkin aku sudah terlalu faham fi'ilnya itu?


Ahmad oohh Ahmad, kalau kau berani mencari perempuan lain lagi.. apakah perempuan itu akan bertindak sentiasa kool jikalau tidak dapat menjejaki khabarmu berhari-hari seperti aku?


Aku tidak faham apakah ini masalah ego atau masalah ingin duduk mencangkung di suatu sudut penjuru bilik kecil dan diam menyepi.


Ahmad itu kebanyakan waktunya adalah misteri. Gelap. Sunyi.


Tapi aku adalah sangat suka pula.


Kerana apabila dia keluar dari gua gelap itu, dia berubah menjadi hangat. Bertenaga. Hangat. Hangat. dan hangat.


Yeaa.. dia buat aku gila.


Buat masa ini, seperti kebiasaan aku harus membiarkan dia begitu sahaja. Nanti dia bosan atau ingin merasa hangatnya seorang wanita dia tahu apa yang dia perlu lakukan.

Jikalau begitu, apakah aku yang pula kelihatan bodoh dan dungu kerana membiarkan diri aku dipergunakan oleh Ahmad sesuka ikut kehendak telunjuk jarinya? Aahhh...


Kamu belum nampak kebodohan dia ketika giliran menurut kehendak telunjuk hati aku pula.



Dua - dua gila

Mengapakah Duit telah menjadi kebanyakan perkara pokok dalam hidup?

Oooowwwhhhh oowwwhhhh aku dalam kesempitan hidup.



Kan manis seandainya aku masih lagi berusia 17 dan boleh mengada-ngada dalam nada perempuan tegas hati meminta duit poket dari Mummy?


Bulan ini telah menyaksikan statistik perbelanjaan domestik aku yang melampau graf perolehan, dan bakal menyaksikan juga aku terpaksa menebalkan kulit muka beberapa inci tanpa pertolongan dari aplikasi menyapu foundation Benefit di wajah untuk meminjam wang biaya dari kawan baik.


ooohhhh itu adalah sungguh menyedihkan.


Semua ini terjadi gara- gara lawatan mengejut yang harus kedengarannya untuk kami semua ke Universitas Padjajaran di Bandung dalam masa kurang dari 2 bulan tatkala mula-mula berita disebarkan. Dalam masa yang sama juga aku harus mempersiapkan kantung uwang untuk pembiayaan kuliah yang aku masih belum dikurniakan ilham akan di manakah perlu aku cedok duit- duit itu semua?


Aku cukup tidak suka jika kunci kira-kira aku terganggu aturan ledgernya secara tiba-tiba. Sudahlah bahagian 'penghutang' aku sudah tidak seimbang sebanyak RM500 kerana ada seseorang yang berhati busuk sebusuk anggota kemaluannya telah menidakkan hak aku sebelumnya. Ya, memanglah aku tak pernah menghidu kemaluannya, tapi dengan reputasinya yang pernah berkali-kali mengangkang dan menggugurkan anak dengan berbapakan berbagai jantan..yeaa aku yakin kemaluannya adalah busuk dan longgar. (baca : nada marah)


Bulan ini juga menyaksikan aku telah menebalkan muka dan mempandaikan diri sendiri dan mengisi borang yang tertulis 'cash advance' dan meminta belas ehsan dengan Tuan Bos agar dapatlah aku meringankan sedikit beban apabila berada di tanah seberang nanti. Akan tetapi, dukacita pula berita yang aku perolehi "i'm really sorry, he doesn't want to practice this kind of payment" this kind of payment ape kejadahnya haraaammm??!!! Yang aku mintak advance dari gaji aku, dari paycheck aku yang akan kau berikan juga akhir bulan ini, bukannya aku mintak RM 500 keluar dari poket seluar engkau!!!


Oohhhhhhhh betapa tertekannya aku



dan mujurlah....ada juga insan berhati bidadari yang tampil menghulur bantuan ketika aku dalam keadaan kecemasan begini.Walaupun ia tidaklah dapat memulihkan penyakit sakit kepala dan hati aku ini, akan tetapi ia agaklah membantu meringankan sesak di dada.


Daripada soalan mengapakah duit telah menjadi kebanyakan perkara pokok dalam hidup, mengapa pula duit tidak tumbuh dari pokok yea?

Pindah Lagi

Yeaa...aku pindah alamat blog lagi.

Tak habis-habis dengan masalah dalaman diri sendiri.

ataupun aku cepat bosan sebenarnya?

masalah cepat bosan aku nih bukan makin berkurang, tapi makin menjadi - jadi.

bosan sudah mula merajai hati aku.

Jadi kita lihat sekarang sampai ke mana aku boleh bertahan dari kebosanan.