Wednesday, July 16, 2008

Semua orang pasti sedang menjadi jutawan sekarang ini

Hmmm...


Semua orang dalam kelas aku sedang teruja untuk ke Bandung besok.


Tapi tidak pula aku.


Orang lain pasti saat ini sedang ghairah dengan status 'jutawan baru' mereka. Dalam nilai rupiah. Dan sediakan list barang - barang mau diborong di sana, list dari hujung kepala sampai ke hujung kuku kaki.



Tapi tidak pula aku.


Keseronokan aku sudah tiada. Hilang. Melesap.


Sebab duit poket dibiaya oleh kawan baik. Itu yang sudah telan deria membeli belah aku. You know the joy of spending with your own blood and sweat and the freedom to shop until you drop because of your shopping bags yang tak cukup jari kau menjinjitnya.Lihat tuh, aku pakai jari, bukan tangan.Setiap batang jari aku sumbatkan pemegang plastik shopping tuh oke, pro tak?


But dang.My own blood and sweat my freedom will only be at the end of the month. As usual.


Dan mungkin kerana sebab ini...


"Dik, you pergi sana you nak pakai tudung tak?" Aku mula nak meluaskan saiz mulut. Apakah?


" Wa bukan ape, wa rimas lah tengok you pakai tudung tuh. Alaahh persetanlah diorang nak kata apa ponn. Bukan diorang bagi lu makan"


Those came from a 30-year old lady. Belum kawen. Baru nak kawen. Gemuk montel dan free hair tentunya.


Aku betul - betul adalah tersentap.



Memanglah aku pakai tudung ini on dan off. Tapi ikut sukahati aku lah. Aku mula-mula pakai tudung pon sebab aku sendiri yang nak pakai. Bukan sebab Mummy aku yang 2x pergi haji lalu berkhutbah sampai telinga aku berdarah, baru aku nak pakai.



Tapi nak kata aku pakai tudung sebab rasa kesedaran diri..mungkin juga. Tapi tidak 100%. Aku tau hukumnya wajib, tapi aku rasa soal ini juga adalah sama lah dengan sembahyang. Kau memang tahu itu wajib, bahkan memang rukun seorang Muslim pon. Tapi tetap jugak ada yang buat on and off ikut sukahati mereka. Sebab orang lain tak nampak. Sebab benda sembahyang itu benda peribadi. Pakai tudung on and off orang nampak.



Takdalah pulak aku buatkan jadual bila masa aku nak pakai tudung, ke mana dan sebab apa. Tak macam ade seseorang yang aku kenal. Siap canang segala kat orang opis nih pukul berapa dia pakai tudung, dan hari apa dia pakai hot pants. Itu adalah kejadian pelik ok?



Bukan pulak aku pakai sebab nak tunjuk baik atau aku ayu dan sebagainya. Bukan pulak time aku tak pakai, aku nak tunjuk yang aku tau rebel, aku tau berfesyen atau sebagainya juga. Aku tak berkenan lah fesyen-fesyen moden untuk orang bertudung, yang pakai baju ketat di sebalik baby doll atau pakai mini skirt dengan jeans tuh. Buruk gilalah!



Aku pakai tudung since I was barely 13, baru masuk Form 1. Aku pakai dengan kehendak sendiri and the other reason was tentulah benda itu wajib di sekolah. Apalagi sekolah di Kelantan. Aku pakai tudung sebab aku mau rasa secured daripada pandangan mata- mata lelaki yang gersang dan mengeraskan sesuatu di balik seluar mereka itu. Sebab dengan tudung, aku rasa aku tak diberi perhatian. You know, fits the stereotype yang mengatakan perempuan yang bertudung = tak lawa / tak menarik. Kenapa kau pikir aku nak buat begitu? Living in the society yang mana lelakinya seperti kegersangan sepanjang masa dan selalu berubah rupa semacam beruk mat yeh tiap kali ternampak anak gadis dahi licin, kau taulah sebab aku kenapa.



Jadi, lama kelamaan itu aku sudah jadi terbiasa. Dan selamat. Awal-awal dulu aku bukak tudung di luar apabila bersama keluarga atau di KL sahaja. Sebab rasanya zaman itu kalau anak- anak perempuan yang pakai tudung mereka pandang macam aku botak barangkali. Macam duduk di Europe kan?



Tapi sekarang, reason aku bila time off tudung adalah aku ada masanya hendak ber- enjoice juga. Aku tahu alasan ini rapuh serapuh tiang reput (eceehhh metafora seni pula) akan tetapi adalah aku merasakan tidak manis bukan kalau aku didapati terkinja-kinja dalam konsert yang penuh manusia berpeluh dan ketiak masam dan kepalaku bertudung? Dann oohhh... klip klip video lucah pun sudah lebih beratus yang melibatkan perempuan bertudung tapi tunjuk tetek.



Aku tak mau jadi perempuan bertudung tapi tunjuk tetek pula.



Tapi itu juga tidak bermakna aku bukak tudung sebab nak tunjuk tetek!



Aku bukak tudung bila aku rasa aku nak buat sesuatu yang sedikit di luar norma- norma perempuan bertudung ; seperti menyedut nikotin, menari di podium dan ketika bermesra dengan Ahmad. Sebab aku tidak mahu tiba- tiba tersebar di internet muka aku tunjuk tetek depan Ahmad dan memakai tudung.



Aaahhh.... itu idea bila kami kawin.



Jadi aku cukup tidak suka dan rasa terjengkel apabila ada orang yang cuba - cuba mau mengomen aku nak pakai atau tidak pakai tudung. Dan paling aku tidak suka apabila orang mempersoal kenapa aku pakai tudung.



Salahkah sesekali aku rasa terbit dalam hati aku yang kecil dan berwarna dark itu untuk memakainya? Sebab aku sembahyang pun sudah lama terbengkalai tapi aku rasa terdorong untuk memakai tudung? And puhleeaasse la, don't mention about berfashion atau memang trend sekarang orang pakai tudung macam- macam.



Seperti mana orang salu berbising dengan pakai tudung itu melanggar rights wanita, so apa bezanya ulasan di atas itu yang jelas melanggar rights aku untuk berpakaian apa skalipun?




Bukan begitu?

No comments: