Wednesday, July 16, 2008

Ya Allah, selamatkanlah pendengaranku

Siaran debat semalam antara DSAI dan 'Datuk-mulut-berbuih-di-tepi' itu aku tontoni bersama hosmet Cikgu sekolah rendah.


Macam biasa, aku terpaksa berkerut-kerut kening untuk cuba memusatkan perhatian aku ke arah skrin TV dan cuba memahami butir bicara kedua manusia tersebut, sambil gegendang telinga sebelah kiri aku terpaksa mendengar omelan yang tidak diundang yang datangnya dari mulut Cikgu sekolah rendah itu,seperti biasalah.


Aku sebenarnya tak berapa minat nak komen - komen hal politik nih, sebab tak ada ke mananya. Yang terasa betul sampai sudah akan terasa betul, dan menyalahkan orang lain saja. Aku lebih berminat untuk memerhatikan setiap pergerakan komunikasi politik mereka kerana aku ambil subjek ini dahulu dan aku mau cuba aplikasikan apa yang aku belajar dan telah aku praktikkan bersama ketika kempen politik di kuliah.


Akan tetapi, dalam pada yang sama juga aku terpaksa berperang di dalam otak kerana mendengarkan bunyi-bunyi bising yang datangnya dari sofa bertentangan aku. Yang gayanya seolah bercakap dengan TV, yang seolahnya kata-katanya itu mereka dengar barangkali.


Itu belum masuk hilai tawanya yang seperti.....keldai itu.



Aku adalah sangat tidak suka jika sesuatu perkara yang penting begini (aku rasa penting) orang tidak menghormati orang lain dan membuat bising ketika orang lain cuba mendengar dan mencerap apa yang mahu didengar itu. Kau membuat bising ketika orang lain bercakap dan orang lain berusaha sedaya upaya untuk mendengar samalah seperti kau memotong percakapan orang lain di alam nyata.


Itu dikira tidak sopan, bukan?


Cuma kami sama-sama bersetuju dan mengeluarkan perkataan 'euwww' sempena melihat sudut-sudut mulut sang menteri yang berbuih itu. OOhhhhh geli oke!


Akan tetapi apabila selesai perdebatan itu, dan apabila aku memandang Cikgu sekolah rendah yang sudah terlena di atas sofa, sikap selfishnya yang seperti biasa seolah takde orang lain yang nak duduk di situ aku telah terkesan akan satu kejadian.Cikgu sekolah rendah itu kalau tertidur pasti sebahagian mulutnya akan menggua (yakni menganga atau sedikit terbuka). Aku memang sedia bajet lah mesti ade terkeluar tuh ape-ape yang hujung perkataannya 'basi'. Aku mengeraskan tubuh dan memandang ke arah skrin TV sahaja bilamana aku terdengar bunyi



"....sssssuupppp...!!!!"



I can't help it but terpandangkan juga ke arah bunyi yang mendatang itu. Cikgu sekolah rendah mengelap sudut mulutnya dengan baju tidur sendiri.






OOoOOOOHHHH.MMMAAAIII.GAAAAWWWDDD!





Itu adalah kekejian yang paling dahsyat!

No comments: