Tuesday, July 15, 2008

Ahmad 1

Masuk hari ini telah genap 7 hari aku tidak mendengar suara lelaki itu.


Aku pun tidak tahulah nak komen bagaimana lagi.


Mungkin adalah kerana aku telah masak sangat dengan perangainya? Mungkin aku sudah terlalu faham fi'ilnya itu?


Ahmad oohh Ahmad, kalau kau berani mencari perempuan lain lagi.. apakah perempuan itu akan bertindak sentiasa kool jikalau tidak dapat menjejaki khabarmu berhari-hari seperti aku?


Aku tidak faham apakah ini masalah ego atau masalah ingin duduk mencangkung di suatu sudut penjuru bilik kecil dan diam menyepi.


Ahmad itu kebanyakan waktunya adalah misteri. Gelap. Sunyi.


Tapi aku adalah sangat suka pula.


Kerana apabila dia keluar dari gua gelap itu, dia berubah menjadi hangat. Bertenaga. Hangat. Hangat. dan hangat.


Yeaa.. dia buat aku gila.


Buat masa ini, seperti kebiasaan aku harus membiarkan dia begitu sahaja. Nanti dia bosan atau ingin merasa hangatnya seorang wanita dia tahu apa yang dia perlu lakukan.

Jikalau begitu, apakah aku yang pula kelihatan bodoh dan dungu kerana membiarkan diri aku dipergunakan oleh Ahmad sesuka ikut kehendak telunjuk jarinya? Aahhh...


Kamu belum nampak kebodohan dia ketika giliran menurut kehendak telunjuk hati aku pula.



Dua - dua gila

No comments: