Tuesday, July 15, 2008

Mengapakah Duit telah menjadi kebanyakan perkara pokok dalam hidup?

Oooowwwhhhh oowwwhhhh aku dalam kesempitan hidup.



Kan manis seandainya aku masih lagi berusia 17 dan boleh mengada-ngada dalam nada perempuan tegas hati meminta duit poket dari Mummy?


Bulan ini telah menyaksikan statistik perbelanjaan domestik aku yang melampau graf perolehan, dan bakal menyaksikan juga aku terpaksa menebalkan kulit muka beberapa inci tanpa pertolongan dari aplikasi menyapu foundation Benefit di wajah untuk meminjam wang biaya dari kawan baik.


ooohhhh itu adalah sungguh menyedihkan.


Semua ini terjadi gara- gara lawatan mengejut yang harus kedengarannya untuk kami semua ke Universitas Padjajaran di Bandung dalam masa kurang dari 2 bulan tatkala mula-mula berita disebarkan. Dalam masa yang sama juga aku harus mempersiapkan kantung uwang untuk pembiayaan kuliah yang aku masih belum dikurniakan ilham akan di manakah perlu aku cedok duit- duit itu semua?


Aku cukup tidak suka jika kunci kira-kira aku terganggu aturan ledgernya secara tiba-tiba. Sudahlah bahagian 'penghutang' aku sudah tidak seimbang sebanyak RM500 kerana ada seseorang yang berhati busuk sebusuk anggota kemaluannya telah menidakkan hak aku sebelumnya. Ya, memanglah aku tak pernah menghidu kemaluannya, tapi dengan reputasinya yang pernah berkali-kali mengangkang dan menggugurkan anak dengan berbapakan berbagai jantan..yeaa aku yakin kemaluannya adalah busuk dan longgar. (baca : nada marah)


Bulan ini juga menyaksikan aku telah menebalkan muka dan mempandaikan diri sendiri dan mengisi borang yang tertulis 'cash advance' dan meminta belas ehsan dengan Tuan Bos agar dapatlah aku meringankan sedikit beban apabila berada di tanah seberang nanti. Akan tetapi, dukacita pula berita yang aku perolehi "i'm really sorry, he doesn't want to practice this kind of payment" this kind of payment ape kejadahnya haraaammm??!!! Yang aku mintak advance dari gaji aku, dari paycheck aku yang akan kau berikan juga akhir bulan ini, bukannya aku mintak RM 500 keluar dari poket seluar engkau!!!


Oohhhhhhhh betapa tertekannya aku



dan mujurlah....ada juga insan berhati bidadari yang tampil menghulur bantuan ketika aku dalam keadaan kecemasan begini.Walaupun ia tidaklah dapat memulihkan penyakit sakit kepala dan hati aku ini, akan tetapi ia agaklah membantu meringankan sesak di dada.


Daripada soalan mengapakah duit telah menjadi kebanyakan perkara pokok dalam hidup, mengapa pula duit tidak tumbuh dari pokok yea?

No comments: